Thursday, 3 November 2011

Antara Elton John dan Ilya Grad

Dengar cerita Ilya Grad sudah puas bertinju di Malaysia, dan Elton John berkunjung ke negara kita. Seorang mahu bersukan, dan yang seorang lagi mahu menghiburkan rakyat Malaysia yang kebosanan dengan karenah ahli politik negara yang tenggelam dalam arena politik kelucahan.
Jadi, di mana salahnya menjadi sihat dan kekal ceria?

Tokoh terkemuka dunia Sheikh Yusuf Qardhawi pernah dilarang untuk masuk ke Britain pada tahun 2008. Sepatutnya beliau ke ke Britain untuk menjalani rawatan kesihatan. Ini satu pengiktirafan kepada perkhidmatan kesihatan di negara tersebut yang bertaraf dunia. Namun kerana kerajaan Britain yang bertegas pada prinsip dan berkeras untuk tidak membenarkan beliau memasuki negara tersebut, beliau gagal memperoleh visa. Alasannya, beliau boleh mencetuskan keadaan tidak senang di dalam masyarakat. Samada justifikasinya tepat atau tidak, itu bukan soalnya. Apa yang pasti, kerajaan mereka berpenedirian tegas pada persoalan prinsipyang mereka pegang.

Ahli Parlimen kontroversi Belanda Geert Wilders juga pernah dilarang daripada memasuki negara Britain. Filem pendek Fitna arahan beliau yang menghina agama Islam telah mengemparkan seantero dunia. Kerana kehadiran beliau boleh mencetus ketegangan antara kaum dan agama, beliau telah dilarang untuk memasuki negara Britain. Jelas sekali lagi prinsip yang utuh menjadi pegangan kerajaan Britain. Sekali lagi, samada justifikasinya tepat atau tidak, itu bukan soalnya. Apa yang pasti, persoalan prinsip dipegang erat, dan kemaslahatan rakyat menjadi keutamaan.

Negara lain tegas pada prinsip mereka, mengapa kerajaan Malaysia berpendirian bagaikan yoyo dek kerana ingin mengampu kuasa besar Barat?

Tatkala Palestin sedang bergolok bergadai meraih status penuh sebagai sebuah negara di PBB, Malaysia pula tanpa segan silu menghamparkan karpet merah mengalu-alukan kedatangan peninju Israel. Tatkala Palestin memerlukan sokongan seluruh masyrakat dunia untuk bangkit menentang kezaliman musuh regim Zionis, Malaysia pula mengalu-alukan kedatangan Ilya Grad untuk mengibarkan bendera 1Israel.

Apabila Palestin mencari penghormatan dan kedaulatan, kita balas dengan penghinaan. Di manakah hilangnya prinsip dan maruah kita?

Elton John pula sudah masyhur seantero dunia, dan akan beraksi di tanah air tercinta. Kira-kira enam tahun yang lalu, seluruh dunia kecoh dengan ‘pernikahan’ pada detik pertama perkahwinan civil dibenarkan di sisi undang-undang England. Artis terkemuka berpusu-pusu untuk menghadiri majlis sambutan penyatuan dua jiwa satu hati yang mahu bercinta sehidup semati. Samada normal atau tidak, itu belakang kira. Yang penting , kasih mereka tiada sempadan.

Seperti mana di Malaysia yang kaya dengan adat ketimuran yang berteraskan Islam, gejala homoseksual pernah asing di Britain suatu ketika dahulu. Namun kini sudah menjadi sebahagian daripada norma kehidupan dan menghakis nilai masyarakat. Hari demi hari semakin banyak undang-undang yang diubah untuk membuka laluan kepada hubungan homeseksual dan yang berkaitan. Manifestasi daripada keruntuhan moral dalam masyarakat semakin jelas apabila rusuhan oleh golongan muda memalukan Britain di mata dunia beberapa bulan yang lalu.

Jika anda membenci, jangan membenci individu yang memiliki naluri homoskesual atau transeksual ini, bahkan kita seharusnya menyayangi mereka sebagai manusia yang bernyawa. Golongan ini jangan dipulaukan, bahkan perlu dibantu untuk kembali kepada sifat hakiki. Namun kita mesti bertegas pada amalan dan kepercayaan yang jauh daripada nilai kemanusiaan. Bukan sahaja manusia,bahkan haiwan juga menolak nilai dan amalan di luar tabii ini.

Jangan nanti pada masa hadapan, apabila sudah tiada calon suami yang sesuai untuk anak perempuan kita, timbul penyesalan di hati akan kesilapan yang lalu. Sudah terhantuk, baru terngadah!

Dulu homoseksualiti merupakan satu kepelikan, kini satu kebiasaan, kemudian satu kebanggaan. Andai hari ini seorang penyokong agenda Zionis kita hadirkan atas nama ahli sukan, tidak mustahil selepas ini kita jemput sebagai teman perniagaan. Akhirnya hilang pertimbangan yang mana musuh dan yang mana rakan. Pepatah Melayu ada menyebut, alah bisa tegal biasa.

Andai kita tidak serius dan tiada ketegasan pada prinsip dan nilai pada hari ini, nescaya kita mewariskan generasi masa hadapan dengan seribu satu kepincangan. Cegah sebelum parah, elak sebelum sengsara, barangkali ubatnya belum tentu ada. Andai tersilap langkah pada hari ini, kelak negara akan binasa.

Tuesday, 23 August 2011

Lesson plan: Diagram

(Click on the image to enlarge)



The lesson plan is also downloadable in PPT format. Please click HERE to download :)



Friday, 5 August 2011

True value of life


The 'FBWL' team during the event in Perak, Malaysia.

My hero, didnt have any special powers,
My heroes arent as strong as lions or tigers.
because my hero didnt fight and bite,
my hero didnt have any wings and swings
because my hero didnt fly and fry

My hero is just an ordinary human beings
She makes me know something.
My hero makes me smart
She taught me wisdom into my heart
She shaped me towards my future
Thank you for your labour
Truly you are the heroes, my teachers.
God bless you, teachers.

Kasih sayang merentasi benua



Kami anak muda,
Namun ada yang lebih muda.
Kami telah menerima,
Kini masanya memberi pula

Wahai anak bangsa,
Kalian tonggak negara,
Wahai anak kecil,
Bijak bagai sang kancil.

Wahai adikku,
Rajinlah menuntut ilmu,
Jika kalian perlukan buku,
Biar seribu kami kan membantu.

Wahai adikku,
Ilmu harta utamamu,
Membaca biar selalu,
Membaca jangan jemu.

Biar jauh beribu batu,
Dikau tetap dihatiku,
wajah anak kecil terus dirindu,
Barisan pelapis memimpin negaraku.

Thursday, 4 August 2011

Words from The Stations

Let we hear some comments and stories from two of the stations!

Station 2- Book Areas/ Literacy/ Numeracy

This station was divided to three parts:

1) Aquadraw: The children had chance to use water pen to trace out the alphabets and numbers on the Aquadraw cloth.

2) Jigsaw Puzzle ABC & 123: The children needed to solve the puzzles with the guidance from us.

3) Story Books: The children had the opportunity to read and hold the books but they were more attracted with the pictures


There was one little girl who was a bit shy and was always with her mother. When we asked her to write, she refused to. But after few trials to encourage her, she finally started to do some writing. I was impressed with her mother that never bored to accompany her and kept on encouraging her to finish the puzzle A-Z which took her quite a long time to do so.

Station 4- Constructions

We planned to tell the stories of Bob the Builder first but surprisingly, they were only focussing on us for less than 2 minutes. Well then, we have to proceed to play time session since they were so excited to play when they saw many blocks in front of them.

On our observation, girls preferred to build beautiful castles complete with the decorations. The boys preferred to build simpler castles but tend to compete to build the tallest one among them. Competitive streak!

There was one little boy (6 years old) who was a bit inferior with his brother (8 years old) when we asked him to build a castle. He told us “ tak tahu lah buat istana, abang lagi pandai’’ which means that he did not want to build the castle because his brother was better at doing so. His answer made us felt sad but after we encouraged him few times, he started to build his castle. By looking at his castle, WOW! We could say that this boy was actually really creative. With this we realised how importance it was to keep on encouraging the kids in order to build their confidences. By using words good boy, clever boy and etc, they will feel more appreciated and more motivated.


Monday, 1 August 2011

Sharing Session

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Rasa sungguh bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi dengan ibu bapa dan guru-guru di Bandar U. Niat untuk berkongsi mula timbul bila saya memulakan Paediatrics Rotation di Leicester Royal Infirmary (LRI).

Saya sangat teruja dengan kelengkapan wad di hospital yang melibatkan Play Specialist, iaitu mereka yang pakar dengan permainan kanak-kanak di hospital. Jauh di sudut hati, diri bermonolog sendirian "MasyaAllah, mereka sungguh menitik beratkan pembesaran kanak-kanak dan mengambil serius permainan kanak-kanak walaupun di wad yang mengumpulkan para pesakit"

gambar hiasan

Maka saya telah berbincang dengan team 'Love from Britain' untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu yang ditimba selama membuat Peadiatrics rotation bersama ibu bapa dan guru-guru yang terlibat.

Saya bukanlah Pakar Runding Kanak-kanak mahupun Pakar Motivasi untuk mengajar ibu bapa bagaimana untuk membesarkan anak tetapi daripada pengalaman sebagai pelajar perubatan dan juga pengalaman sebagai seorang yang mempunyai anak sedara seramai 7 orang, saya merasakan bermain itu adalah sesuatu yang sangat penting untuk pembesaran kanak-kanak.

MENGAPA BERMAIN ITU PENTING UNTUK KANAK-KANAK?

slide presentation

Sebagai seorang pelajar perubatan, kami diajar bagaimana untuk menilai umur seorang kanak-kanak dan tahap kemahiran mereka (Developmental Assessment) berdasarkan apa yang mereka boleh atau tidak boleh lakukan.

Tanpa bertanya kepada ibu bapa berapa umur anak mereka, kami perlu meneka umur kanak-kanak tersebut. Contoh soalan yang kami perlu tanya kepada ibu bapa dan kanak-kanak tersebut ialah:
  • Apa yang boleh mereka lakukan setakat ini? Eg: Sudah boleh merangkak? Berjalan? Berlari? Menendang bola?
  • Sudah boleh mencapai permainan? Sudah boleh memegang barang-barang?
  • Sudah boleh menulis atau melukis? Jika boleh, huruf apa atau bentuk apa boleh mereka lukis/tulis?
  • Sudah boleh berkomunikasi? Sudah boleh bercakap berapa perkataan? Sudah boleh bercakap dengan lancar?
  • Bagaimana interaksi dengan ibu bapa atau ahli keluarga lain? Sudah bersekolah? Jika sudah, bagaimana interaksi dengan kawan-kawan?

Dan banyak soalan-soalan lain. Berdasarkan soalan-soalan ini, kami boleh kenal pasti samada kanak-kanak tersebut membesar dengan baik ataupun mempunyai suatu keadaan yang dinamakan 'Developmental Delay' yang boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi.

Jelas daripada screening questions yang dituju kepada ibu bapa dan kanak-kanak tersebut bahawa pembesaran mereka sangat berkait rapat dengan pendedahan kepada permainan kerana fasa kanak-kanak ini merupakan fasa yang sangat penting untuk mereka belajar dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran untuk digunakan pada masa akan datang. Dan kemahiran-kemahiran ini diperolehi melalui stimulasi-stimulasi semasa bermain.

Bermain seawal mungkin juga adalah penting kerana ketika ini lah kanak-kanak mula menggunakan deria yang dikurniakan Allah. Deria melihat, deria mendengar, deria sentuh, deria rasa dan deria bau. Kanak-kanak perlu berinteraksi dengan dunia luar melalui bermain untuk membina deria mereka dengan baik.

Oleh kerana kanak-kanak dan permainan tidak dapat dipisahkan, ibu bapa perlu mengambil peluang ketika anak-anak sedang bermain sebagai medium pendidikan. Dengan bermain puzzle contohnya, kanak-kanak akan berasa lebih yakin dengan diri sendiri apabila mereka berjaya melengkapkan puzzle dengan baik. Bukan sahaja itu merangsang sifat ingin mencuba dan meningkatkan daya kreativiti, bermain puzzle juga melatih kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah (problem-solving skill). Ibu bapa hendaklah memberikan kata-kata motivasi dan kata-kata perangsang supaya mereka berani untuk cuba menyiapkan puzzle lain pula dengan lebih yakin.

Bermain juga, terutamanya di tadika atau sekolah, adalah salah satu medium untuk kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain untuk melatih kemahiran bersosial dengan baik. Sifat suka berkongsi permainan dengan kanak-kanak lain dan saling kasih mengasihi dapat dipupuk dalam melahirkan masyarakat yang lebih penyayang dan tidak mementingkan diri sendiri.

Kesimpulannya, bermain adalah suatu perkara yang sangat penting dalam membentuk dan melahirkan individu yang baik dan berguna pada masa akan datang.

Di UK juga, jururawat akan menggunakan alatan permainan untuk menerangkan clinical procedures kepada pesakit kanak-kanak.


PERKONGSIAN DR. SHAFIE

Dr Shafie Jameran, graduan University of Nottingham juga hadir untuk berkongsi pengalaman beliau sendiri. Beliau berkongsi pengalaman melihat bagaimana kanak-kanak istimewa seperti Down's Syndrome, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan Autism Spectrum Disorder (ASD) dilayan dengan cukup baik. Semua pihak yang terlibat dalam Management Plan untuk kanak-kanak istimewa tersebut seperti Pakar Kanak-Kanak, Jururawat Khas, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan sebagainya memastikan kanak-kanak tersebut membesar dan menjadi insan yang berguna dan berkemahiran mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak istimewa tersebut tidak disisihkan oleh masyarakat kerana mereka juga mampu membawa kebaikan, jika tidak kepada orang lain, sekurang-kurangnya kepada diri mereka sendiri.

Saya juga tertarik dengan kata-kata beliau bahawa kanak-kanak ini hendaklah dididik dengan baik kerana merekalah generasi akan datang yang akan mencorak dunia. Dan mereka juga perlu dididik supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kerana itu sahajalah yang mampu ibu bapa tinggalkan selepas meninggal dunia selain daripada ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah (al-hadith).

RESPON DARIPADA IBU BAPA DAN GURU-GURU

Alhamdulillah, respon daripada ibu bapa dan guru-guru amat memberangsangkan. Mereka semestinya sangat terharu dengan kesungguhan dan kesanggupan anak-anak muda daripada United Kingdom untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan mereka.

Ada seorang ibu yang datang menegur saya selepas perkongsian saya itu dan bertanya apakah cara terbaik untuk beliau memastikan anaknya yang mempunyai Down's Syndrome dapat membesar dengan baik. Saya agak kurang yakin untuk jawab kerana saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberikan nasihat.

Namun, daripada pengalaman saya di UK, saya memberitahu kepada ibu tersebut untuk mencari dan bertanya kepada kawan-kawan lain sekiranya ada yang mempunyai anak yang menghidapi Down's Syndrome. Jika di UK, mereka ada social group atau persatuan yang melibatkan ibu bapa berkumpul dan berkongsi kisah dan pengalaman supaya ibu bapa lain juga mendapat manfaat.

Ibu itu pun berasa lebih yakin untuk mencari sahabat-sahabat lain selepas berjumpa dengan seorang ibu lain yang juga mempunyai anak yang menghidapi Down's Syndrome. Saya juga berkata pada ibu itu untuk tidak mengasingkan anaknya daripada adik beradik lain ataupun kanak-kanak lain. Biarkan dia membesar dengan 'be a part of the environment' supaya dia tidak berasa asing atau left-out. Walaupun ianya sedikit sukar kerana mentaliti masyarakat yang kadang-kadang memandang serong pada kanak-kanak istimewa, tetapi sebagai ibu bapa, kita perlu menyuntikkan sifat positif kepada anak-anak supaya mereka membesar dalam keadaan yang positif.

Dan apa yang membuatkan saya berasa gembira ialah senyuman seorang ibu penuh dengan harapan untuk anaknya yang istimewa :)

"Play is not a luxury. Play is a necessity." Kay Redfield Jamison; Professor of Psychiatry.

Alhamdulillah. Semoga perkongsian dan usaha yang sedikit ini mendapat barakah dan rahmat daripada Allah. Mudah-mudahan kanak-kanak itu menjadi generasi Muslim dan Muslimah yang dapat membangunkan Ummah.

Allahua'lam.

Rushdina Abdul Rashid
Pelajar Tahun Akhir Perubatan
University of Leicester, UK

Saturday, 2 July 2011

It's NURSERY time!

Last Tuesday, on 28th of June 2011, we have visited a nursery near our housing area to see a ‘Story Session’, conducted by the teachers at the nursery. We arrived at 9.30 am and were welcomed by Mrs Allison Butterworth, the Deputy Headteacher

Us with Mrs Alisson Butterworth, in front of the nursery

Before having the chance to see the ‘Story Session’, we had a discussion with Mrs Alisson. She started the discussion with the area of learning and development of children in Early Years Foundation Stage (EYES). There are six areas of learning and we were focussing on the first area of learning which is Communication, Language and Literacy for children from birth to five.


There are a lot of things that had been discussed and I would like to share some of them here.

1. How to deal with unresponsive children since not many children would respond on what we are trying to tell them. For example, we would like to tell a story about a girl with 3 bears from a book entitled ‘Goldilocks and the three bears’ to the children. What we can do are

  • We need to be relax, fun and playful since we are dealing with children who are still learning. Children are usually playful, so, we try to be playful to make them feel comfortable with us. At least they will stay a bit longer with us.
  • Having things with us to make the story alive. For example, we can have 3 teddy bears, a cottage or anything related to the story
  • Using different voices and use different gestures to describe words that being used. For example, use loud voice to say the word ‘screaming’, smile if the characters in the book are happy etc
Mrs Allison is holding 'Goldilocks and three bears' storybook

2. Should we use Malay or English since English is not our first language in Malaysia, but we use English story books ?

  • Definitely using our home language, at least 50-50. For example, we narrate the story in Malay first and then followed by in English T
  • The purpose of narrating the story is to make the children understand the storyline so, we better use Malay first to catch their attention. There is no use to narrate in English if they do not understand the story, but, we can still use simple English afterwards to make them get used to English Language

Mrs Allison also gave us a very useful book, entitled 'Letters and Sounds'. It aims to build children's speaking and listening skills in their own right as well as to prepare children for learning to read by developing theri phonic knowledge and skills.

Letters and Sounds

After having discussion for about an hour, we then went to the classroom to see the ‘Story Session’ conducted by one of the teachers. The teacher and children enjoyed the session very much as the teacher knew how to catch the children’s attention and make them involve in the story. After the ‘Story Session’ finished, all the children gathered in a room for ‘Singing Session’ as Tuesday is the singing day.

The Classroom.

We then had a short discussion on how we are going to implement what we got here into the 'Learning Through Play' program this 30th of July. We have a lot to improve!

From Britain with Love